HUAWEI Boleh Jadi Nombor Satu Walaupun Tiada Google – kata Pengasas Comments Off on HUAWEI Boleh Jadi Nombor Satu Walaupun Tiada Google – kata Pengasas 175

Temu bual eksklusif CNN bersama Pengasas HUAWEI, Ren Zhengfei baru-baru ini telah mendengarkan bahawa Ren percaya syarikatnya mampu menjadi pengeluar dengan jualan telefon pintar paling laris di dunia walaupun tanpa Google.

Hasrat yang pernah dizahirkan oleh HUAWEI sejak sekian lama ini telah mensasarkan tahun 2019 sebagai tahun di mana mereka dapat menduduki tangga pertama pengeluar telefon pintar dunia. Amerika Syarikat yang menyedari kejayaan HUAWEI semakin hampir telahpun bertindak menyekat urusan perdagangan syarikat China tersebut.

Hal ini sekaligus membantutkan lagi perjalanan HUAWEI menuju sasaran mereka. Perkhidmatan Google yang tidak diberikan kepada telefon-telefon baharu HUAWEI menyebabkan penjualan peranti berkurangan, begitu juga kepercayaan pengguna.

Ren dalam temu bual yang sama turut menyatakan beliau tiada masalah walaupun Google tidak diberikan. Tetapi, jika boleh mereka akan terus berusaha untuk bekerjasama dengan mereka.

Ketika ini, HUAWEI telah mendapat lesen sementara daripada Jabatan Perdagangan AS untuk urus niaga bersama Google. Bagaimanapun, lesen ini akan berakhir pada Februari 2020.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend