Huawei Berpendapat Kirin 980 Lebih Pantas Daripada Apple A12 Bionic Comments Off on Huawei Berpendapat Kirin 980 Lebih Pantas Daripada Apple A12 Bionic

Huawei HiSilicon Kirin 980 telah diperkenalkan di Paris pada acara IFA 2018 yang lepas. Peranti pertama yang akan menggunakan teknologi ini ialah siri Huawei Mate 20 yang akan dilancarkan pada 16 Oktober depan.

Sebelum peranti ini diperkenalkan kepada orang ramai, seperti biasa Huawei akan mengadakan beberapa taklimat bersama media di negara-negara yang terpilih dan baru-baru ini di Malaysia. Dalam taklimat tersebut Huawei telah memberitahu kepada tetamu yang hadir dimana produk mereka (Kirin 980) lebih pantas daripada Apple A12 Bionic. Ini bermakna peranti terbaharu Mate 20 berupaya memberikan prestasi yang jauh lebih baik beranding iPhone XS, iPhone XS Max, dan iPhone XR.

Salah satu faktor yang membuatkan pihak Huawei begitu yakin ialah Kirin 980 telah menjalani penyelidikan dan pembangunan selama lebih tiga tahun (Apple tidak diketahui). Tiga elemen penting yang menjadi teras Kirin 980 antaranya ialah Kuasa dan Kecekapan, Kepintaran, dan Sambungan. Keseluruhannya cipset ini memiliki sebanyak 6.9 billion transistor – sama banyak seperti Apple A12 Bionic.

Secara teknikalnya Kirin 980 dan Apple A12 Bionic dibina di atas papan sekecil 7nm. Bagaimanapun, Apple dilihat lebih cepat memasarkan produk mereka berbanding Huawei yang perlu menunggu sehingga sebulan selepas itu. Jadi, untuk kepastian kita tunggu sahaja sehingga perbandingan dibuat untuk kedua-dua peranti di masa kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend