HUAWEI Berminat Untuk Melabur RM3.28b Di Poland Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang Comments Off on HUAWEI Berminat Untuk Melabur RM3.28b Di Poland Dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang 133

HUAWEI nampaknya ingin menguatkan lagi pengaruhnya di Poland apabila baru-baru ini mereka dilaporkan berminat untuk melabur lebih kurang 3 bilion zloty (mata wang Poland) atau RM3.284 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pelaburan ini mungkin akan dilaksanakan untuk projek 5G bergantung kepada kedudukan semasa HUAWEI. Dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Luar Poland, Yasek Chaptovic, pihaknya sangat mengalu-ngalukan pelaburan dari syarikat China. Malahan, jenama HUAWEI yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan ancaman keselamatan akan dilayan dengan baik tanpa prejudis mengikut undang-undang antarabangsa.

“Dalam tempoh lima tahun lagi, kami bercadang untuk membelanjakan 3 bilion zloty di Poland melalui pembelian alat. HUAWEI mahu membangunkan dan melabur di Poland, tetapi pelaburan ini harus diterima akal daripada perspektif perniagaan.”

Pada awal tahun ini, kerjasama antara HUAWEI dan Poland menemui jalan buntu yang mana khabar angin mengatakan Poland akan mengecualikan HUAWEI daripada menyertai projek infrastruktur 5G.

gambar sekadar hiasan.

Sebelum ini juga kakitangan HUAWEI dari China dan bekas pegawai keselamatan Poland pernah ditangkap atas dakwaan mengintip. Sejak dari itu, kerajaan di sana mendedahkan bahawa mereka tidak akan mengecualikan peralatan HUAWEI daripada pembinaan 5G selain menerangkan bahawa ia bakal memberi kesan kepada kos perkhidmatan mudah alih di sana.

Bagaimanapun ketika ini, HUAWEI masih belum mengesahkan perkara ini secara rasmi walaupun sebelum ini pernah memberitahu mereka ingin melabur sebanyak 2 bilion Zloty dalam tempoh tiga tahun akan datang.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend