Huawei Berkemungkinan Akan Bekerjasama Dengan Aptoide Sebagai Alternatif Untuk Google Play Store Comments Off on Huawei Berkemungkinan Akan Bekerjasama Dengan Aptoide Sebagai Alternatif Untuk Google Play Store

Sekatan perkhidmatan Google pada peranti Huawei sememangnya akan menjejaskan pengalaman penggunaan telefon pintar keluaran Huawei. Ini kerana ketiadaan aplikasi penting seperti Google Play Store akan menyebabkan kesukaran untuk pengguna memuat turun aplikasi pihak ketiga pada telefon pintar keluaran Huawei pada masa akan datang.

Nampaknya Huawei sudahpun mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan Aptoide sebagai alternatif untuk Google Play Store pada masa akan datang. Berbeza dengan Google Play Store, aplikasi Aptoide membolehkan pemilik peranti Android memuat turun pelbagai aplikasi dengan lebih meluas tanpa sebarang sekatan. Lebih menariknya pembangun boleh berkongsi aplikasi di platform ini secara percuma.

Tidak dinafikan bahawa Huawei sudahpun memiliki kedai aplikasi milik mereka sendiri yang dikenali sebagai AppGallery, tetapi disebabkan jumlah aplikasi yang agak terhad, kerjasama dengan Aptoide adalah keputusan terbaik. Tambahan pula Aptoide kini memiliki lebih 900,000 aplikasi Android, lebih 142 juta pengguna unik setiap tahun, dan lebih 3.6 bilion muat turun setakat tahun 2017.

Jadi ada kemungkinan sekiranya Huawei mengambil pendekatan untuk memasukkan aplikasi yang ditawarkan oleh Aptoide terus ke dalam aplikasi AppGallery yang telahpun tersedia dalam semua peranti Huawei dan Honor.

sumber

Baca juga:

Sistem Operasi Daripada Huawei Mungkin Diperkenalkan Pada September 2019, Mampu Menyokong Aplikasi Android Dan Web

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend