Huawei Berjaya Memenangi 47 Anugerah Terbaik Dalam Acara MWC 2019 Untuk 4 Produk Keluarannya Comments Off on Huawei Berjaya Memenangi 47 Anugerah Terbaik Dalam Acara MWC 2019 Untuk 4 Produk Keluarannya

Huawei telah mengakhiri acara MWC 2019 dengan melakar pelbagai kejayaan selepas memenangi 47 anugerah terbaik untuk empat produk keluarannya iaitu Huawei Mate X, Huawei MateBook X Pro, Huawei MateBook 14 dan juga Huawei Mate 20 Pro.

Pengiktirafan anugerah terbaik ini telah diberikan oleh media dari pelbagai negara dari seluruh dunia termasuklah daripada TechRadar, Tom’s Guide, Android Central, Digital Trends, Trusted Reviews, Android Authority, T3, TechnoBuffalo dan banyak lagi. Lebih menariknya, Huawei Mate X yang telah menerima 31 anugerah ini turut mendapat pengiktirafan daripada GSMA sendiri sebagai ‘Best Connected Mobile Device at MWC 2019’.

Manakala peranti lain seperti Huawei MateBook X Pro telah menerima 12 anugerah berbeza seperti ‘Best of MWC 2019’, ‘Editor’s Choice’, ‘Best Tech at MWC 2019’, dan beberapa anugerah lain lagi. Huawei MateBook 14 juga turut menerima tiga anugerah sebagai ‘Best of MWC 2019’, dan Huawei Mate 20 Pro pula telah berjaya memenangi anugerah ‘Best Smartphone – Judge’s Choice’ dalam penganugerahan Glomo Awards.

Baca juga:

Huawei Mate 20 Pro Dinobatkan Sebagai Pemenang Untuk Anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik’ Di MWC 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend