HUAWEI Berjaya Jual Lebih 240 Juta Unit Telefon Pintar Sepanjang Tahun 2019 Comments Off on HUAWEI Berjaya Jual Lebih 240 Juta Unit Telefon Pintar Sepanjang Tahun 2019

Sungguhpun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kontroversi sepanjang tahun 2019, HUAWEI dilaporkan telah berjaya mencatatkan peningkatan jualan telefon pintarnya mencecah 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dengan populariti yang berjaya diraih melalui kemunculan siri P30 dan juga siri Mate 30 untuk pasaran global, HUAWEI mencatatkan rekod jualan yang memberangsangkan iaitu lebih 240 juta unit telefon pintar keluarannya telah berjaya dijual sepanjang tahun lepas.

Menurut Xu Zhijun selaku Pengerusi HUAWEI Technologies, mereka menjangkakan pendapatan jualan sekitar CNY850 bilion (~RM502 bilion), iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2018.

Apa yang menariknya, HUAWEI turut mengumumkan rekod jualan dan juga statistik untuk produk serta perkhidmatan yang ditawarkannya di lebih 170 buah negara:

  • Lebih 2 juta unit HUAWEI Watch GT2 berjaya dijual dalam tempoh tiga bulan selepas dilancarkan.
  • Lebih sejuta unit HUAWEI FreeBuds 3 terjual dalam tempoh sebulan.
  • Aplikasi Health mencatatkan lebih 100 juta pengguna berdaftar.
  • HUAWEI Clouds memiliki lebih 400 juta pengguna aktif setiap bulan.

melalui, sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend