HUAWEI Beri Diskaun Sehingga RM900 Dan Angpau Emas Percuma Sempena Promosi Tahun Baharu Cina Comments Off on HUAWEI Beri Diskaun Sehingga RM900 Dan Angpau Emas Percuma Sempena Promosi Tahun Baharu Cina

Bersempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan tiba tidak lama lagi, HUAWEI Malaysia kini telah menganjurkan promosi ‘HUAWEI Smart Life – STAY TOGETHER’ yang akan berlangsung untuk tempoh terhad, iaitu pada 13 Januari (Isnin) hingga 15 Januari 2020 (Rabu) ini.

Sepanjang tempoh promosi itu berlangsung selama tiga hari, HUAWEI akan menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti berikut:

  • ANG POW RAIN VOUCHER (10 – 15 Januari 2020)
    • Sepanjang tempoh promosi, anda boleh mengumpul Ang Pow yang dipaparkan pada skrin untuk memenangi baucar percuma dengan amaun RM88 dan RM168. Setiap pengguna memiliki tiga peluang pada setiap hari dan Ang Pow yang berjaya dimenangi itu boleh digunakan pada 13 hingga 15 Januari 2020 untuk pembelian produk HUAWEI terpilih.

This slideshow requires JavaScript.

  • MUST BUY (13 – 15 Januari 2020)
    • Miliki HUAWEI Band 4 pada harga hanya RM88 berbanding harga asal iaitu RM139, dan hanya pada 15 Januari pula HUAWEI Nova 4e boleh dimiliki pada harga hanya RM688 (RM999). Walau bagaimanapun kedua-dua produk ini ditawarkan dalam kuantiti terhad yang tidak dinyatakan jumlahnya

  • PRE-ORDER (13 Januari 2020)
    • Bagi yang berminat untuk memiliki komputer riba kompak terbaharu iaitu HUAWEI MateBook D 15 yang dijual pada harga RM2,499. Sebanyak 20 unit pertama yang dipra-tempah akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM1,287 (HUAWEI FreeBuds 3, HUAWEI Bluetooth Mouse dan Microsoft 365 Home).

  • FLASH DEALS (13 – 15 Januari 2020, 12pm)
    • Pada setiap hari berbeza, HUAWEI akan menawarkan pelbagai produk berbeza yang ditawarkan pada harga jualan yang tidak masuk akal dengan diskaun sehingga RM900. Jualan kilat yang akan bermula pada jam 12 tengah hari pada setiap hari ini akan tersedia dalam kuantiti yang sangat terhad.

This slideshow requires JavaScript.

  • FREE GIFT PURCHASE (13 – 15 Januari 2020)
    • Pembelian model terpilih iaitu HUAWEI Nova 5T (RM1,399), HUAWEI Y9s (RM999), HUAWEI Y9 Prime 2019 (RM799), HUAWEI Watch GT2 (bermula daripada RM799), HUAWEI MediaPad M6 (RM1,899) dan juga HUAWEI WiFi Q2 Pro Router (RM499) akan turut menerima pelbagai hadiah tambahan secara percuma.

Apa yang menariknya, pembelian telefon pintar HUAWEI terpilih sepanjang tempoh promosi ini juga akan turut menerima Ang Pow Emas Tulen 999.9 bernilai RM158 secara percuma. Namun begitu tawaran ini terhad selagi stok masih ada.

Baca juga:

HUAWEI Malaysia Tawar Pakej Ansuran Harian Bermula RM8.97 Sehari – HUAWEI Together 2020

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend