Huawei Berhasrat Untuk Mengambil Alih Kedudukan Apple Di Tempat Kedua Menjelang 2019 Comments Off on Huawei Berhasrat Untuk Mengambil Alih Kedudukan Apple Di Tempat Kedua Menjelang 2019

Apple yang menduduki kedudukan kedua selepas Samsung nampaknya perlu bekerja keras dalam tahun-tahun yang mendatang. Ini kerana dalam acara pelancaran produk Huawei baru-baru ini mereka menyatakan hasrat untuk merampas kedudukan Apple menjelang tahun 2019.

Richard Yu Chendong yang mewakili Huawei berkata syarikat terbesar China ini akan menjadi pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia menjelang tahun hadapan dengan penghantaran lebih 200 juta telefon pintar ke seluruh dunia.

Melalui laporan South China Morning Post, pada tahun 2017 Huawei telah berjaya menghantar 153.1 juta unit telefon pintar. Angka itu sebenarnya masih tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah penghantaran yang Apple berjaya lakukan pada tahun itu sebanyak 215.8 juta unit. Pada penggal pertama tahun lepas, Huawei mendakwa mereka berada di tempat kedua selepas Samsung. Namun selepas siri iPhone 8 dan iPhone X dilancarkan, Apple telah kembali dikedudukan asal.

Pada pendapat kami jika Apple tidak membuat kejutan pada tahun ini, mereka mungkin akan jatuh di kedudukan ketiga menggantikan Huawei sekarang ini. Apa pendapat anda?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend