Huawei Berada Di Tangga Kedua Dalam Mencatatkan Jumlah Permohonan Paten Tertinggi Di EPO 0 109

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Huawei boleh dianggap sebagai salah satu daripada pengeluar telefon pintar yang berdaya saing dan komited dalam memperkenalkan rekaan ataupun fungsi yang baharu. Ini jelas dapat dilihat melalui pelbagai inovasi yang terawal diperkenalkan olehnya, termasuklah penawaran peranti tiga kamera yang pertama dan juga rekaan peranti dengan skrin boleh lipat.

Bagi memastikan setiap rekaan mahupun fungsi baharu yang diperkenalkan tidak disalah gunakan tanpa kebenaran, Huawei telah dilaporkan telah memohon sebanyak 2,485 paten di Pejabat Paten Eropah (EPO) sepanjang tahun 2018 yang lalu. Bahkan ia telah berjaya mencatatkan peningkatan permohonan sebanyak 3.6% berbanding tahun sebelumnya.

Paten terhadap komunikasi digital telah mencatatkan permohonan paten kedua tertinggi selepas teknologi perubatan.

Huawei yang kini berada di tangga kedua di belakang Siemens yang memohon sebanyak 2,493 paten, hanya mencatatkan perbezaan permohonan sebanyak 8 paten sahaja. Samsung dan LG pula berada di tangga ketiga dan keempat dengan masing-masing mencatatkan permohonan paten sebanyak 2,449 dan 2,376.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend