Huawei Belanja Gambar Super Zoom Semasa Di Konsert Blue Dipercayai P30 Comments Off on Huawei Belanja Gambar Super Zoom Semasa Di Konsert Blue Dipercayai P30

Huawei telah berkongsi beberapa keping gambar yang diambil semasa di konsert Blue baru-baru ini. Walaupun mereka tidak menyatakan ia diambil dari produk apa tetapi mereka telah menyebut “ia hanya dari telefon pintar”. Oleh itu, kami percaya gambar-gambar yang dikongsikan ini adalah hasil tangkapan dari siri Huawei P30 – mungkin versi pro dan tidak mustahil dari versi asas.

Jika sensor bersudut lebar telah menjadi trend masa kini, Huawei pula dilihat memilih pendekatan yang berbeza iaitu melalui kamera dengan zoom lebih jauh. Dalam situasi konsert seperti yang disebutkan awal tadi, kamera dengan zoom paling jauh adalah satu kelebihan yang patut ada pada telefon pintar.

Berdasarkan gambar, Huawei cuba menerangkan setiap satu situasi dengan zoom yang berbeza. Boleh dilihat rakaman biasa jaraknya agak jauh, seterusnya rakaman dekat juga agak jelas tanpa isu noise. Tetapi pada rakaman super-dekat, gambar menjadi tidak jelas dan lebih mudah kata ‘pecah’.

Pada kami, ciri zoom yang cuba ditunjukkan sudah lebih daripada memadai, malah ciri ini juga masih belum ada di telefon pintar lain – jika ada sekalipun ia tidak dapat melakukan zoom pada jarak sedekat ini.

Siri Huawei P30 akan dilancarkan pada 26 Mac ini di Paris, kami yakin sebelum pelancaran rasmi nanti ada maklumat yang akan tertiris memperlihatkan rekaan dan spesifikasi.

Baca juga:

Foto Dipercayai Diambil Daripada Huawei P30 Pro Mula Tersebar

Poster Acah Siri Huawei P30 Memperlihatkan Kehebatan Kameranya Dengan Fungsi ‘Super Zoom’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend