Huawei Band 3e Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari Dan Ciri Kalis Air 5ATM Kini Tertiris Comments Off on Huawei Band 3e Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 21 Hari Dan Ciri Kalis Air 5ATM Kini Tertiris

Huawei sebelum ini telah menjadualkan satu acara yang akan berlangsung pada 16 Oktober nanti, dan ia akan menyaksikan pendedahan pertama terhadap dua model yang sangat dinanti-nantikan iaitu Mate 20 dan juga Mate 20 Pro. Nampaknya selain telefon pintar, Huawei juga bakal hadir dengan satu lagi produk menarik iaitu Huawei Band 3e.

Walaupun tinggal lebih kurang 14 hari sebelum acara itu berlangsung, Ronald Quandt nampaknya telah berjaya mendedahkan kemunculan peranti boleh pakai terbaharu keluaran Huawei itu. Selain memperlihatkan rekaan Huawei Band 3e, dia juga turut berkongsi maklumat awal yang disokong oleh aksesori itu melalui akaun Twitter miliknya.

Huawei Band 3e:

  • Ditawarkan dalam warna hitam atau merah jambu
  • Sokong bateri berkapasiti 77 mAh
  • Masa penggunaan sehingga 12 hari dan masa menunggu sehingga 21 hari
  • Ciri kalis air pada kedalaman 50 meter (5ATM)
  • Sokong sensor six-axis
  • Dilengkapi mod DND (Do Not Disturb)
  • Berat 13.6g

Menurut perkongsian Twitter itu juga, Huawei Band 3e dikatakan akan dijual pada harga £24.99 (kira-kira RM134). Bagi mendapatkan maklumat penuh tentang spesifikasi serta ketersediaan jualannya, nantikan pengumuman rasminya pada 16 Oktober nanti.

Miliki set original Huawei A2 Band pada harga RM169, hari ini di Huawei Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend