Huawei Bakal Perkenal Y MAX Ke Malaysia Pada 12.12 – Peranti Dengan Paparan 7.12″ 0 651

Huawei Malaysia hari ini membuat pengumuman dimana mereka bakal membawa masuk sebuah phablet terbaru ke pasaran tempatan pada 12 Disember ini. Pengumuman yang telah dibuat melalui poster acah turut menyaksikan peranti dengan skrin bersaiz 7.12-inci FullView Display.

Daripada poster tersebut juga peranti ini akan hadir dengan paparan bertakuk berkonsep titisan air malah menurut Huawei ia akan dilengkapi bateri berkapasiti besar selari dengan nama ‘MAX’ yang dibawakan.

Huawei Y Max tidak diperkasakan cipset HiSilicon Kirin sebaliknya menggunakan Snapdragon 660. Peranti ini dimuatkan bateri 5,000mAh, RAM sebesar 4GB, dan storan seluas 64GB dan 128GB. Jika anda masih ingat artikel kami berkenaan peranti Huawei Y Max ini, panel belakang peranti ini akan didatangkan dengan kemasan ‘kulit’.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend