Huawei Bakal Mendedahkan Kenderaan Pintar Pertama Dalam Acara ‘Shanghai Auto Show’ Comments Off on Huawei Bakal Mendedahkan Kenderaan Pintar Pertama Dalam Acara ‘Shanghai Auto Show’ 401

Bersempena dengan acara ‘Shanghai Auto Show’ yang akan berlangsung di China pada minggu depan, Huawei Technologies telah dilaporkan akan mendedahkan kenderaan pintar pertama yang dibangunkan bersama dengan Dongfeng Motor.

Melalui pendedahan yang dikongsikan oleh akhbar People’s Daily dan juga Securities Times, beberapa teknologi pintar yang dihasilkan oleh Huawei akan diintegrasikan ke dalam kenderaan tersebut. Ini termasuklah kemudahan komunikasi dalam kenderaan, sokongan rangkaian tanpa wayar 5G, dan juga fungsi sokongan awan (cloud).

Huawei Technologies dan Dongfeng Motor yang berpangkalan di Wuhan, China, telah memeterai perjanjian bernilai CNY3 bilion (kira-kira RM1.84 bilion) dengan pihak berkuasa tempatan di Xiangyang, dalam usaha membangunkan platform awan pengangkutan sebagai sebahagian daripada usaha merealisasikan pemanduan autonomi berasaskan rangkaian 5G.

Walaupun laporan itu tidak mendedahkan secara spesifik jenis platform kenderaan pintar yang akan digunakan, model sebuah bas mini telah dipamerkan kepada umum ketika majlis menandatangani perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan Xiangyang diadakan pada awal bulan lalu.

Baca juga:

Huawei Dan Audi Bekerjasama Membina Kereta Swapandu

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend