Huawei Bakal Memperkenalkan Dua Model Terbaharunya – ‘Mate MINI’ Dan ‘Mate Smart’ Comments Off on Huawei Bakal Memperkenalkan Dua Model Terbaharunya – ‘Mate MINI’ Dan ‘Mate Smart’ 839

Huawei baru-baru ini telah dilaporkan menghantar dua nama tanda dagangan di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) iaitu ‘Mate MINI’ dan juga ‘Mate Smart’ yang bertarikh 29 Januari 2019 yang lepas.

Walaupun dokumen tanda dagangan yang berjaya didedahkan ini tidak memperlihatkan sebarang maklumat berhubung kedua-dua peranti ini, tetapi ia telah disahkan akan diperkenalkan dalam kategori telefon pintar. Tetapi jika dilihat pada penggunaan nama yang digunakan, ‘Mate MINI’ mungkin merujuk kepada telefon pintar dengan skrin bersaiz kecil, manakala ‘Mate Smart’ pula mungkin memfokuskan kepada keupayaan AI.

Memandangkan acara MWC 2019 bakal berlangsung pada Mac 2019 nanti, ada kemungkinan untuk Huawei memperkenalkan kedua-dua peranti terbaharunya itu dalam acara tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend