Huawei Bakal Hadir Dengan Model Huawei P Smart X Yang Mungkin Memfokuskan Aspek Permainan Comments Off on Huawei Bakal Hadir Dengan Model Huawei P Smart X Yang Mungkin Memfokuskan Aspek Permainan 548

Model Huawei P Smart 2019 baru sahaja dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di Eropah pada Disember 2018 yang lalu, dan kemudiannya model ini telah diperkenalkan pula untuk pasaran di Jepun dengan membawakan nama berbeza iaitu Huawei Nova Lite 3.

Huawei nampaknya sangat komited dalam usahanya untuk mendominasi pasaran telefon pintar dunia apabila dilaporkan bakal hadir dengan versi peningkatan Huawei P Smart 2019 pada masa akan datang. Perkara ini telah berjaya disahkan melalui permohonan tanda dagangan untuk nama Huawei P Smart X di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah (EUIPO) baru-baru ini.

Jika dilihat semula pada penggunaan huruf ‘X’ yang digunakan pada model Huawei Mate 20 X, ia merujuk kepada aspek permainan (gaming). Jadi berkemungkinan besar Huawei P Smart X ini juga bakal memfokuskan kepada ciri permainan mudah alih yang lebih baik. Sekiranya ia benar, Huawei mungkin mahu menawarkan sebuah telefon pintar permainan untuk segmen kelas pertengahan tidak lama lagi.

Sumber

Baca juga:

Huawei P Smart 2019 Dengan Kirin 710 Dan EMUI 9.0 Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Huawei Bakal Memperkenalkan Dua Model Terbaharunya – ‘Mate MINI’ Dan ‘Mate Smart’

Huawei Memfailkan Tanda Dagangan Untuk Siri Tablet Baharu – Huawei MatePad

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend