Huawei Anjur Promosi Sempena Hari Wanita Sedunia Dengan Pelbagai Tawaran Menarik – 5 Hingga 11 Mac 2019 Comments Off on Huawei Anjur Promosi Sempena Hari Wanita Sedunia Dengan Pelbagai Tawaran Menarik – 5 Hingga 11 Mac 2019

Bersempena sambutan ‘Hari Wanita Sedunia’ yang akan diraikan pada 8 Mac 2019 ini, Huawei Malaysia telah menganjurkan promosi selama seminggu untuk pembelian peranti keluarannya di Huawei Online Store.

Promosi yang berlangsung hari ini (5 Mac) hingga 11 Mac 2019 (Isnin) nanti akan menawarkan pelbagai ganjaran hebat seperti hadiah percuma dengan setiap peranti terpilih iaitu Huawei Mate 20 Pro, Mate 20 X, Mate 20, Y9 2019, Y Max, Nova 4, dan juga Nova 3i. Setiap pembelian peranti ini akan turut menerima pelbagai hadiah percuma seperti tripod stand, Huawei Wireless Charger, Huawei AM116 Earphone dan banyak lagi.

Dalam tempoh itu juga, pengguna yang mendaftar masuk ke laman https://shop.huawei.com/my/ turut boleh menyertai permainan interaktif untuk peluang memenangi kupon bernilai sehingga RM308. Anda hanya perlu mengumpul kasut tumit tinggi yang muncul di skrin untuk menebus kupon.

Selain itu sepanjang bulan Mac 2019 ini juga, pengguna yang berdaftar akan turut berpeluang untuk menerima baucar bernilai sehingga RM300 untuk pembelian peranti Huawei terpilih.

Baca juga:

Huawei Anjur Aktiviti Mudah Untuk Pembelian Peranti Dengan Baucar Sehingga RM300 – Tempoh Terhad

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend