Huawei Anjur Aktiviti ‘Jelajah Trak Nova Superstar’, Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Ditawarkan – 10 Ogos Hingga 30 September Comments Off on Huawei Anjur Aktiviti ‘Jelajah Trak Nova Superstar’, Pelbagai Aktiviti Dan Hadiah Ditawarkan – 10 Ogos Hingga 30 September

Sempena meraikan ketibaan model Huawei nova 3 dan juga nova 3i untuk pasaran tempatan, Huawei Malaysia akan menganjurkan aktiviti ‘Jelajah Trak Nova Superstar’ yang bertemakan ‘Capture the Beauty of Malaysia’. Aktiviti menarik yang akan diadakan bermula esok (10 Ogos 2018) hingga 30 September 2018 (3 petang hingga 11 malam) ini terbuka untuk orang ramai untuk merasai sendiri fungsi yang disokong oleh kedua-dua siri nova terbaru ini.

Bagi membolehkan orang ramai mendapatkan pengalaman sebenar Huawei nova 3 dan nova 3i, Huawei akan menukarkan Trak Superstar ini dalam beberapa zon pengalaman berbeza seperti Selfie Corner, Karaoke Challenge dan juga Arcade Claw Machine. Lebih menariknya, penyampai radio Era FM akan turut menjadi hos jerayawara (roadshow) daripada jam 4 petang hingga 6 petang pada setiap hari Sabtu sepanjang tempoh tersebut.

Pengunjung yang hadir ke jerayawara (roadshow) ini akan turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah eksklusif daripada Huawei seperti Huawei Body Fat Scale, The Voice Pendrive, beg boleh lipat Huawei, rantai kunci bertemakan Justice League, dan banyak lagi.

Jadual ‘Jelajah Trak Nova Superstar’:

  • Mydin Mall, Subang Jaya – 10 hingga 12 Ogos 2018
  • Danga Bay, Johor Bahru – 17 hingga 18 Ogos 2018
  • Food Truck Park, Melaka – 25 hingga 26 Ogos 2018
  • Karnival Gegaria Media Prima, Putrajaya – 1 September 2018
  • Stadium Darul Aman, Kedah – 7 hingga 8 September 2018
  • AEON Kota Bahru, Kelantan – 14 hingga 15 September 2018
  • Dataran Shahbandar, Terengganu – 21 hingga 22 September 2018
  • Stadium Darul Makmur, Kuantan – 29 hingga 30 September 2018
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend