HUAWEI Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap FCC Berikutan Sekatan Terbaru Yang Dikenakan Comments Off on HUAWEI Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Terhadap FCC Berikutan Sekatan Terbaru Yang Dikenakan

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini telah menyenaraikan HUAWEI di dalam Senarai Entiti negara itu, atas dakwaan berhubung isu keselamatan negara. Malah yang terbaru, FCC (Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan) telah menyekat penyedia telekomunikasi di negara itu daripada menggunakan subsidi kerajaan untuk membeli perkhidmatan dan juga peralatan telekomunikasi daripada HUAWEI.

Berikutan daripada tindakan tersebut, HUAWEI dilaporkan telah merancang untuk memfailkan tindakan mahkamah terhadap FCC. Menurut HUAWEI keputusan yang diambil FCC itu menyalahi undang-undang kerana telah mengecualikan jenama HUAWEI atas dasar keselamatan negara. Namun begitu, FCC tidak pula mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

Menurut Song Liuping selaku Ketua Pegawai Perundangan HUAWEI, tindakan untuk mengharamkan syarikat seperti HUAWEI dilihat tidak akan menyelesaikan cabaran keselamatan siber. Malah HUAWEI juga sebelum ini sudahpun mengemukakan 21 ulasan terperinci bagi menjelaskan kesan yang akan dihadapi oleh penduduk serta perniagaan di kawasan terpencil yang terlibat, tetapi FCC telah mengabaikannya.

Tambahnya lagi, penyedia telekomunikasi luar bandar di AS seperti bandar-bandar kecil di Montana, Kentucky dan Wyoming, telah memilih untuk bekerjasma dengan HUAWEI kerana percayakan kualiti serta integriti peralatan komunikasi yang dibekalkan. Jadi sekatan ini sudah tentunya akan memberi impak terhadap kawasan yang terlibat.

Kerajaan AS telah memberikan subsidi sebanyak USD8.5 bilion (~RM35.47 bilion) untuk pembangunan jalur lebar yang dibekalkan oleh penyedia telekomunikasi kecil di sekitar kawasan terpencil di negara itu pada setiap tahun.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Rancang Untuk Memindahkan Pusat R&D Yang Terletak Di Amerika Syarikat Ke Kanada

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend