Huawei Akan Mempertimbangkan Semula Sasaran Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia Berikutan Isu Sekatan AS Comments Off on Huawei Akan Mempertimbangkan Semula Sasaran Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Dunia Berikutan Isu Sekatan AS

Pada April 2019 yang lalu, Huawei telah meletakkan sasaran awal untuk menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia daripada Samsung, selewat-lewatnya pada penghujung tahun 2020 nanti.

Bahkan sasaran itu adalah tidak mustahil memandangkan Huawei telah berjaya memperolehi peningkatan peratusan perkongsian pasaran yang sangat memberangsangkan pada suku pertama tahun ini. Malah jenama ini juga telah berjaya merampas kedudukan di tempat kedua daripada Apple.

Namun berikutan isu sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, Huawei dilaporkan akan mempertimbangkan semula sasaran itu. Menurut Zhao Ming selaku Presiden Honor, disebabkan oleh situasi baharu ini, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada mereka mampu mencapai sasaran itu ataupun tidak buat masa ini.

Apa yang pasti, Zhao turut merasakan bahawa segala kesulitan yang mereka hadapi pada masa ini akan mendorong untuk menjadikan mereka lebih kuat pada masa akan datang, ini termasuklah mental dan juga fizikal.

sumber

Baca juga:

Kerajaan China Bersedia Untuk Menghentikan Eksport Unsur Nadir Bumi Sekiranya Tiada Penyelesaian Berhubung Isu Sekatan Huawei

Huawei Sasar Tahun 2020 Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia

Huawei Kembali Rampas Kedudukan Apple Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Kedua Terbesar Di Dunia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend