
Sebelum ini HUAWEI telahpun mendedahkan senarai telefon pintar keluarannya yang akan menerima kemas kini EMUI 10 versi rasmi dan beta. Namun begitu siri Nova 3 tidak pula tersenarai, dan ini telah menyebabkan ramai di antara pemilik Nova 3 serta Nova 3i mula mengasak HUAWEI dengan pertanyaan tentang status kemas kini untuk peranti mereka.

Berikutan daripada desakan daripada pemilik kedua-dua peranti tersebut, HUAWEI baru-baru ini telah berkongsi bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk memberikan kemas kini EMUI 10 berasaskan Android 10 untuk HUAWEI Nova 3 dan juga Nova 3i. Walau bagaimanapun sebarang pengumuman berhubung perkara itu akan hanya dikongsikan pada masa akan datang melalui aplikasi HiCare.
Selain HUAWEI Nova 3 dan Nova 3i, HONOR Play juga sebelum ini tidak tersenarai untuk menerima kemas kini EMUI 10. Namun disebabkan desakan daripada pemilik peranti tersebut, HUAWEI turut akan mempertimbangkannya pada masa akan datang.
Baca juga:
Penerimaan Kemas Kini EMUI 10 Untuk HONOR Play Masih Belum Diputuskan Secara Rasmi
EMUI 10 Versi Stabil Untuk Siri P30 Dan Siri Mate 20 Akan Mula Diterima Pertengahan Bulan Ini