Huawei Akan Memperkenalkan TV 4K Dan 8K Bersaiz 65 Inci Dan Ke Atas Dengan Rangkaian 5G Comments Off on Huawei Akan Memperkenalkan TV 4K Dan 8K Bersaiz 65 Inci Dan Ke Atas Dengan Rangkaian 5G 324

Berita berhubung perancangan Huawei untuk menceburi industri pembuatan TV pintar bukanlah sesuatu yang baru, dan jenama popular ini turut dilihat telah mula memohon tanda dagangan untuk nama ‘Huawei AI Window’ yang akan digunakan pada TV pintar keluaran mereka nanti.

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi menjelang pertengahan kedua tahun 2019 nanti, ada sumber yang telah berkongsi bahawa TV pintar keluaran Huawei ini akan dijual dalam segmen pasaran yang premium. Berdasarkan maklumat yang diterima, Huawei akan memperkenalkan TV pintarnya dengan saiz skrin 65 inci dan ke atas.

Apa yang membezakan TV pintar Huawei dengan pesaingnya nanti adalah sokongan resolusi tinggi iaitu 4K atau 8K bergantung kepada saiz skrin, dan ia akan turut dilengkapi dengan teknologi rangkaian 5G. Sokongan rangkaian Internet berkelajuan tinggi ini secara tidak langsung membolehkan kandungan 4K atau 8K ditonton dengan lebih lancar.

Sumber

Baca juga:

Huawei Dilapor Akan Terjah Pasaran Televisyen Pintar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend