Huawei Akan Melancarkan Penghala WiFi 5G Pada 24 Januari, Mungkin Sokong WiFi 802.11ax?! Comments Off on Huawei Akan Melancarkan Penghala WiFi 5G Pada 24 Januari, Mungkin Sokong WiFi 802.11ax?!

Selepas mengumumkan untuk membekalkan rangkaian 5G di 30 buah negara menjelang penghujung tahun ini, Huawei turut dilihat mula berkongsi poster acah pelancaran satu lagi produk terbarunya yang dikhususkan untuk sambungan rangkaian 5G di laman Weibo rasminya.

Walaupun poster yang dikongsikan itu tidak mendedahkan produk yang akan dilancarkannya esok, kombinasi perkataan, nombor dan ikon ‘5G + 6 = 3.X’ jelas merujuk kepada penghala (router). Perkataan 5G jelas memberi petunjuk kelajuan rangkaian 5G, manakala nombor 6 pula berkemunkinan mewakili WiFi 6 (generasi ke-6) atau juga dikenali sebagai WiFi 802.11ax.

Berdasarkan piawaian rangkaian Internet, WiFi 802.11ax mampu menjanjikan penghantaran data yang sangat pantas iaitu mencapai sehingga 11Gbit/s. Jadi dengan adanya jaringan rangkaian yang pantas, ia mampu digunakan secara meluas dalam peranti rumah pintar ataupun peranti berasaskan IoT (Internet of Things).

Baca juga:

Rangkaian 5G Milik Huawei Akan Digunakan Di 30 Buah Negara Menjelang Penghujung 2019 Nanti

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend