Huawei Akan Melancarkan Mate 20 Dan Mate 20 Pro Pada 16 Oktober Comments Off on Huawei Akan Melancarkan Mate 20 Dan Mate 20 Pro Pada 16 Oktober

Pada acara IFA di Berlin, Huawei turut mengumumkan pihak mereka akan mengadakan pelancaran rasmi peranti terbaharu Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro pada 16 Oktober depan. Ini lanjutan daripada pengenalan Kirin 980 yang kita sedia maklum akan dimuatkan pada peranti tersebut.

Seperti biasa, Huawei juga akan bawa sebuah lagi model istimewa yang dikenali sebagai Porsche Design. Mate 20 akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas tanpa wayar, sistem tri-kamera seperti P20 Pro dengan peningkatan pada sensor, serta skrin 6.3-inci AMOLED dengan takuk titisan air.

Melalui penggunaan cipset terkecil di dunia, Kirin 980 secara tidak langsung akan memberikan prestasi yang jauh lebih baik daripada kebanyakan telefon pintar yang ada di pasaran sekarang ini. Jadi, kita tunggu sahaja sehingga ia dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend