Huawei Akan Lancar Peranti Misteri Pada Disember Nanti Dengan Sokongan Kamera Di Dalam Skrin?! Comments Off on Huawei Akan Lancar Peranti Misteri Pada Disember Nanti Dengan Sokongan Kamera Di Dalam Skrin?!

Hari ini Huawei dilihat telah mula mendedahkan imej poster acah di akaun Weibo rasmi miliknya yang mengesahkan pelancaran model terbaharu pada bulan Disember nanti.

Sungguhpun begitu, peranti ini masih lagi kekal misteri kerana Huawei masih lagi belum mendedahkan nama model yang akan diperkenalkan. Berdasarkan terjemahan teks dalam bahasa Cina yang tertulis pada poster tersebut, ia tertera ‘Selfie Pole Full Screen’. Mengikut fahaman kami, ia mungkin membawa maksud sokongan kamera di dalam skrin kerana gambar yang dipaparkan juga memperlihatkan cahaya terang pada bahagian atas kiri skrin.

Walaupun peranti misteri ini masih lagi belum diketahui, ada pihak yang berpendapat ia mungkin merupakan model Huawei Nova 3S kerana model Huawei Nova 2S juga sebelum ini telah diperkenalkan pada bulan yang sama pada tahun lepas. Namun begitu adalah lebih baik sekiranya kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Huawei pada bulan depan.

Miliki peranti Huawei set original Malaysia dengan tawaran harga menarik:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend