Huawei Akan Lancar Alat Pengecas Pantas Tanpa Wayar Paling Laju Di Dunia Comments Off on Huawei Akan Lancar Alat Pengecas Pantas Tanpa Wayar Paling Laju Di Dunia

Huawei mungkin akan melancarkan alat pengecas pantas tanpa wayar paling laju di dunia pada acara pelancaran Huawei Mate 20 tidak lama lagi. Imej yang tertiris baru-baru ini menunjukkan alat pengecas tersebut menyokong kuasa output sehingga 20W.

Menggunakan nama model LZ80, ia turut menyokong teknologi pengecasan tanpa wayar Qi – yang mampu diserasikan pada kebanyakan telefon pintar. Apa yang menariknya, kuasa output yang dibawakan oleh Huawei ini adalah sangat tinggi berbanding alat terbaru daripada Samsung Wireless Charger Duo dengan kuasa setakat 7.5W.

Setakat ini yang ada dipasaran hanya menyokong kuasa output sehingga 15W. Bagaimanapun, anda perlu memiliki peranti yang menyokong pengecasan 15W atau peranti anda akan dicas pada kadar standard.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend