HUAWEI Akan Kekal Terus Menggunakan Sistem Operasi Android Selagi Tiada Halangan Dikenakan Comments Off on HUAWEI Akan Kekal Terus Menggunakan Sistem Operasi Android Selagi Tiada Halangan Dikenakan 368

Sejak isu sekatan perdagangan antara AS dan HUAWEI memuncak, berita mengenai kewujudan sistem operasi HongMeng sudah mula diperkatakan ramai. Namun begitu sehingga kini sistem operasi itu masih lagi belum diperlihatkan dan digunakan pada mana-mana peranti keluaran HUAWEI.

Menurut Pengerusi HUAWEI, Liang Hua, sistem operasi HongMeng pada awalnya telah dibangunkan dengan sasaran untuk digunakan pada IoT (Internet of Things). Manakala sistem operasi Android yang dibangunkan oleh Google akan kekal digunakan pada telefon pintar keluaran HUAWEI.

Antaramuka sistem operasi HongMeng yang tertiris sebelum ini.

Malah buat masa sekarang HUAWEI masih lagi belum mendedahkan membuat keputusan untuk membangunkan HongMeng sebagai sistem operasi yang akan digunakan pada telefon pintar. Sungguhpun begitu, keputusan itu mungkin akan berubah sekiranya AS mengambil tindakan untuk menyekat HUAWEI daripada mengakses Android pada masa akan datang.

Kenyataan itu kelihatan agak mengelirukan kerana sebelum ini Yu Chengdong selaku CEO Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI, pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka sudahpun membangunkan sistem operasi sendiri sekiranya HUAWEI disekat daripada menggunakan Android ataupun Windows.

Jadi bagi mendapatkan jawapan yang pasti, ianya mungkin akan terjawab dengan lebih jelas dalam acara HUAWEI Developers Conference yang akan berlangsung tidak lama lagi.

sumber

Baca juga:

HongMeng OS Dipercayai Akan Diperkenalkan Dalam Acara ‘HUAWEI Developers Conference’ Pada 9 Ogos Nanti

HUAWEI Disahkan Akan Mendedahkan EMUI 10 Berasaskan Android Q Secara Rasmi Pada 9 Ogos 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend