HUAWEI Akan Beri Bonus Sebanyak 2 Bilion Yuan Kepada Kakitangan Comments Off on HUAWEI Akan Beri Bonus Sebanyak 2 Bilion Yuan Kepada Kakitangan 226

HUAWEI telah memperuntukan CNY2,000,000,000 (~RM1.18 bilion) bonus untuk diagihkan kepada kakitangan syarikat yang tidak putus-putus membantu mengurangkan impak ketika syarikat berada dalam sekatan perdagangan dengan AS.

Menurut sumber dalaman, bonus tersebut diberikan kepada mereka yang berada dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D), pembangun perisian dalaman, dan pengeluar cip iaitu HiSilicon.

HUAWEI Global Flagship Store, Shenzhen

Selain bonus sebanyak 2 bilion yuan, HUAWEI juga akan menghadiahkan gaji dua bulan pada bulan ini kerana bekerja keras walaupun dalam masa sukar. Seramai 190,000 kakitangan dijangka akan menerima inisiatif seawal pertengahan bulan ini.

Terdahulu, HUAWEI telah mengumumkan keuntungan bersih syarikat setakat suku ketiga tahun ini sebanyak 8.7 bilion yuan. Penghantaran telefon pintar juga turut meningkat sebanyak 26 peratus.

HUAWEI Malaysia Tersenarai Antara 10 Majikan Paling Menarik 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend