Huawei Adakan Promosi Di Sepanjang Minggu Hari Valentine – Penjimatan Telefon Pintar Sehingga RM700 0 287

Huawei kini mengadakan promosi menarik bersempena Hari Valentine yang akan disambut pada minggu ini. Bermula 8 hingga 15 Februari 2019, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai tawaran menarik hanya dengan membuat pembelian secara dalam talian.

Kami yakin sebilangan daripada anda juga telah membuat tempahan awal Huawei Nova 4 baru-baru ini pada harga RM1,899. Kempen pra-tempah yang akan berakhir pada 13 Februari ini juga menawarkan hadiah menarik bernilai RM450. Tetapi jika anda ingin membelinya terus di kedai, Huawei Nova 4 akan berada di seluruh negara bermula 14 Februari 2019.

Eksklusif di stor dalam talian, Huawei kini memberikan hadiah percuma bernilai sehingga RM500 kepada mereka yang membeli peranti Huawei Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X, Y Max, dan Y9 (2019). Sepanjang 4 hari bermula 12 hingga 15 Februari 2019, sejumlah hadiah menarik termasuk baucar makan malam di The Westin, KL bersama pasangan akan diberikan secara percuma.

Huawei akan turut mengadakan jualan kilat setiap hari pada pukul 12 tengah malam bermula 13 hingga 15 Februari 2019 untuk aksesori dan telefon pintar terpilihnya seperti Huawei Y Max, Huawei P20 Pro, Huawei Power Bank, Huawei AP38 Super Car Charger, dan Huawei AP55S MicroUSB/Type-C. Sepanjang tempoh ini, aksesori akan ditawarkan pada harga serendah RM11 dan penjimatan sehingga RM700 untuk telefon pintar.

Akhir sekali, Huawei turut mengadakan kempen cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah sehingga RM150,000. Bermula 8 hingga 12 Februari 2019, anda mungkin boleh membawa pulang hadiah berupa baucar makan malam The Westin, KL dan wang tunai. Caranya adalah mengunjungi kedai dalam talian sepanjang tempoh kempen dan log masuk ke stor rasmi Huawei untuk mendapatkan tiga kali cabutan setiap hari.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend