‘HUAWEI 9.9 Kaw Kaw Sale’ Tawar Gandaan Wang Sehingga 9x Untuk Peranti Terpilih – 4 Hingga 11 September 2019 Comments Off on ‘HUAWEI 9.9 Kaw Kaw Sale’ Tawar Gandaan Wang Sehingga 9x Untuk Peranti Terpilih – 4 Hingga 11 September 2019 172

Bersempena meraikan promosi ‘Year-End Festival’, HUAWEI Malaysia telah mengumumkan promosi ‘HUAWEI 9.9 Kaw Kaw Sale’ secara eksklusif di HUAWEI Online Official Store. Tempoh promosi yang berlangsung bermula hari ini (4 September) hingga 11 September 2019 nanti menjanjikan pelbagai promosi dan tawaran hebat seperti berikut:

Gandaan wang 9x dengan hadiah percuma (4 September – 8 September 2019)

Bermula 4 September hingga 8 September 2019, anda boleh membuat deposit sebanyak RM9 di HUAWEI Online Official Store, dan wang tersebut akan digandakan sehingga 9x kali ganda iaitu RM90. Ini bermakna anda boleh mendapatkan penjimatan sebanyak RM90 (termasuk deposit asal RM9) untuk pembelian produk HUAWEI terpilih.

Jualan kilat dengan penjimatan sehingga RM400 (9 September 2019 @ 9 pagi)

Sekiranya anda inginkan nilai belian pada harga yang jauh lebih murah iaitu dengan penjimatan sehingga RM400, HUAWEI Malaysia turut mengadakan jualan kilat pada 9 September 2019 (jam 9 pagi) untuk tiga produk keluarannya iaitu 10 unit HUAWEI CM70-C Freelace yang dijual pada harga RM99 (RM369), 60 unit HUAWEI M3 Lite (Gold) berharga RM599 (RM989), dan juga 40 unit HUAWEI MateBook 13″ i5 pada harga RM3,199 (RM3,599).

Hadiah percuma dengan pembelian (4 September – 11 September 2019)

Sepanjang tempoh promosi berlangsung, setiap pembelian HUAWEI Y7 Pro 2019 berharga RM599 akan turut menerima hadiah percuma berupa HUAWEI AP31 Car Quick Charger, dan pembelian HUAWEI TalkBand B5 berharga RM599 pula akan menerima hadiah percuma berupa baucar rebat online bernilai RM150.

Cabutan bertuah dengan hadiah menarik (4 September – 11 September 2019)

Pengguna yang memiliki akaun di HUAWEI Online Official Store boleh mencuba nasib untuk menyertai acara cabutan bertuah dengan menekan butang ‘Tap to Play’ untuk peluang memenangi salah satu daripada hadiah yang ditawarkan. Hadiah yang boleh dimenangi termasuklah baucar rebat online bernilai RM200 (belian minimum RM2,000), HUAWEI AM61 Bluetooth Earphone (20 unit), ataupun HUAWEI CM51 SoundStone Speaker (10 unit).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend