HUAWEI 5G Mobile WiFi Pro Dengan Sokongan Bateri 8000mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on HUAWEI 5G Mobile WiFi Pro Dengan Sokongan Bateri 8000mAh Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Memandangkan sambungan rangkaian Internet berkelajuan tinggi 5G kini sudah mula tersedia secara rasmi untuk pengguna di kebanyakan negara, HUAWEI kini dilihat telah memperkenalkan satu lagi produk baharu yang dikhususkan untuk sambungan 5G dengan pelancaran HUAWEI 5G Mobile WiFi Pro.

Diperkenalkan dalam dua kemasan iaitu kulit berwarna hitam dan juga seramik berwarna putih, HUAWEI 5G Mobile WiFi Pro berfungsi sebagai penghala WiFi dengan sambungan 5G. Dikuasakan dengan cip 5G daripada Balong 5000, ia mampu menyokong kejuruteraan rangkaian NSA (Non Stand Alone) dan juga SA (Stand Alone).

Berdasarkan spesifikasi yang dikongsikan, sambungan 5G menggunakan port USB Type-C pada penghala WiFi ini mampu mencapai kelajuan sehingga 1.65Gbps. Manakala kelajuan maksimum yang berjaya dicapai dengan sambungan WiFi pula boleh mencecah sehingga 867Mbps.

Tersedia dengan bateri berkapasiti 8000mAh, ia boleh dicas dengan sangat pantas menggunakan teknologi pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W. Apa yang lebih istimewanya, sokongan bateri besar ini sebenarnya turut menawarkan fungsi powerbank untuk mengecas peranti HUAWEI dengan menggunakan sambungan pengecasan pantas 22.5W.

Tidak cukup dengan itu, HUAWEI 5G Mobile WiFi Pro turut dilengkapi dengan teknologi reverse wireless charging yang sangat pantas, iaitu mencecah 15W.

Selain itu, HUAWEI turut melancarkan satu lagi varian yang lebih rendah iaitu HUAWEI 5G Mobile WiFi dengan sokongan kapasiti bateri hanya sebesar 4000mAh. Didatangkan dalam warna putih, ia masih menyokong kepantasan 5G yang sama seperti versi Pro, tetapi ia hanya tersedia dengan teknologi pengecasan pantas 18W tanpa sokongan fungsi powerbank.

Pengguna tidak perlu mengingati kata laluan kerana ia tersedia dengan kod QR untuk sambungan yang lebih mudah dan cepat.

Kedua-dua penghala WiFi 5G keluaran HUAWEI ini akan tersedia di pasaran bermula Disember 2019 nanti, dan setakat ini tiada harga didedahkan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend