Huawei 12000 40W SuperCharge Power Bank Turut Diumumkan Comments Off on Huawei 12000 40W SuperCharge Power Bank Turut Diumumkan 383

Huawei turut menambah model bank kuasa mereka dengan memperkenalkan Huawei 12000 40W SuperCharge Power Bank di majlis pelancaran siri Huawei P30 sebentar tadi.

Apa yang membezakan bank kuasa ini dengan bank kuasa lain adalah ia dilengkapi teknologi pengecasan yang sama pantas dengan palam kuasa yang didatangkan di dalam kotak pembungkusan Huawei Mate 20 Pro. Ini sekaligus membolehkan ia mengecas peranti terutamanya siri P30 55% lebih pantas daripada sistem pengecasan 22.5W pada Huawei Mate 20 dan siri P20 tahun lalu.

Daripada segi pengecasan semula, bank kuasa ini boleh dicas sepenuhnya dalam tempoh yang sangat singkat. Dengan kapasiti sebesar 12000mAh, masa yang diambil untuk mengecasnya semula adalah sekitar 2 jam 15 minit.

Jika bertanya tentang port, bank kuasa ini menyediakan satu port USB-A dan satu port USB Type-C yang berfungsi sama ada out atau in (cas semula). Disamping itu, terdapat indikator LED dan butang kuasa bersebelah dengan port. Menurut Huawei, bank kuasa terbaharu ini berupaya untuk mengecas sebuah laptop.

Aspek kosmetik pula, bank kuasa ini diperkemaskan dengan tubuh badan yang diperbuat daripada bahan plastik berkualiti tinggi. Ia juga mampu bertahan daripada suhu panas malah teknologi bateri yang digunakan pula adalah daripada Lithium Cobalt Oxide yang ringan dan tahan lama.

Dari segi lain, ia hadir dengan 12 protokol keselamatan yang selamat digunakan malah Huawei 12000 40W SuperCharge Power Bank turut menerima pengiktirafan daripada TÜV Rheinland.

Baca juga:

Huawei P30 dan P30 Kini Rasmi Dengan Kirin 980, Kamera 40MP LEICA dan Bateri Lebih Besar

Huawei Umum Fon Telinga Dengan Pembatalan Bunyi Menerusi Huawei FreeLace

Kaca Mata Huawei Dengan Kerjasama Gentle Monster Bakal Hadir Ke Pasaran Julai Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend