HP Omen 15 dan Omen 17 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM4,485 dan RM8,699 Comments Off on HP Omen 15 dan Omen 17 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM4,485 dan RM8,699

Menyedari kehangatan permainan PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) yang semakin popular di seluruh dunia, HP dengan kolaberasi Intel dan PUBG Corperation hari ini melancarkan laptop terbaharu mereka iaitu Omen 15 dan Omen 17 ke pasaran Malaysia. Dua laptop ini diletakkan di bawah kategori premium yang mensasarkan pengguna yang gemarkan permainan video.

Omen 15 dan Omen 17 berkongsi rekaan yang sama

Omen 15 dan Omen 17 dikuasakan pemproses Intel Core i7 Generasi ke-8 yang dipadatkan bersama kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 / 1070 berteknologi MAX-Q. Kekuatan memori diberikan kepada 8GB RAM DDR4-2666 yang membolehkan pengguna melakukan kerja multi-tasking tanpa sebarang isu lagging. Storan pula, ia boleh dipilih sama ada SSD, HDD, SSD + HDD, atau HDD + Intel Optane yang menyediakan simpanan data yang lebih pantas. Seperti laptop gaming yang lain, ia juga mempunyai sistem penyejukan menerusi kipas besar yang boleh dikawal. Ruang udara di belakang dan di bawah kerangka turut berfungsi mengurangkan haba semasa laptop beroperasi.

Paparan dengan bingkai nipis lebih kurang 7mm

Omen 15 direka dengan skrin 15.6-inci dan Omen 17 dengan skrin 17.3-inci dengan resolusi FHD 1080 piksel. Kadar segar semula pula menyokong sehingga 144GHz NVIDIA G-SYNC. Dua speaker stereo yang ditala Bang & Olufsen turut membawakan amplifier malah selepas menyambungkan dengan fon kepala, pengguna akan menikmati audio DTS Headphone: X.

Papan kekunci dengan lampu backlit 4-zon boleh ubah

Omen 15 dijual pada harga bermula RM4,485 sudah berada di kedai dalam talian HP Online Store dan pengedar sah seluruh negara. Sementara Omen 17 yang diletakkan dengan tanda harga RM8,699 akan berada di pasaran bermula pertengahan September 2018.

Rekaan pada panel luar sudah menampakkan ia sebuah laptop berkuasa

Bermula 3 September hingga 3 Oktober 2018, orang ramai yang membuat pembelian berpeluang mendapatkan tempat duduk di Pertandingan Omen Challenger secara langsung di Bangkok pada 2 hingga 4 November 2018. Tiga pasang tiket akan diberikan kepada pemenang bertuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend