HTC Umum Ketersediaan Kemas Kini Android Pie Untuk Model U11, U11+ Dan U12+, Bermula Hujung Mei Ini Comments Off on HTC Umum Ketersediaan Kemas Kini Android Pie Untuk Model U11, U11+ Dan U12+, Bermula Hujung Mei Ini

HTC boleh dianggap salah satu jenama besar dalam pasaran telefon pintar mercu satu ketika dahulu, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenama HTC dilihat semakin suram. Bahkan agak jarang kita mendengar penawaran model baharu daripada HTC berbanding pesaingnya yang lain.

Namun ia tidak bererti HTC terus mengabaikan pemilik peranti mercu keluarannya, melalui pengumumkan ketersediaan kemas kini Android Pie untuk tiga modelnya iaitu U11, U11+ dan juga U12+. Berdasarkan pendedahan yang dibuat melalui Twitter, HTC U11 akan menerima kemas kini bermula hujung Mei 2019, manakala HTC U11+ akan menerimanya pada hujung Jun 2019, dan HTC U12+ pula bermula pertengahan Jun 2019 nanti.

Menurut HTC lagi, memandangkan penerimaan kemas kini akan diberikan secara berperingkat-peringkat, mungkin ada di antara pemilik peranti berkenaan akan menerimanya lebih lambat. Namun begitu untuk model yang lain, pihak HTC tidak pula mendedahkan sama ada akan menerima kemas kini Android Pie ataupun tidak.

Baca juga:

HTC Memperkenalkan Vive Ke Pasaran Malaysia Pada Harga Bermula RM2,999

HTC Mencatatkan Pendapatan Bulanan Paling Teruk Untuk Tempoh 15 Tahun Ini

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend