HTC U12+ Kini Dilancarkan Dengan Qualcomm Snapdragon 845, RAM 6GB Dan Dua Kamera Hadapan Comments Off on HTC U12+ Kini Dilancarkan Dengan Qualcomm Snapdragon 845, RAM 6GB Dan Dua Kamera Hadapan

Hari ini HTC secara rasmi telah melancarkan HTC U12+ yang menampilkan rekaan skrin Super LCD6 bernisbah 18:9 tanpa takuk sebesar 6.0 inci dengan resolusi 2280 x 1440 piksel (537 ppi). Kualiti paparannya juga kini telah dipertingkatkan dengan sokongan HDR10 dan juga DCI-P3 yang mampu memaparkan gamut warna yang lebih luas. Ia juga dilengkapi dengan ciri kalis air dengan pengiktirafan IP68 dan juga bateri berkapasiti 3500 mAh.

Titanium Black
Flame Red

Keupayaan penggambaran HTC U12+ menampilkan sokongan dwi kamera utama beresolusi 12 Megapiksel UltraPixel sensor serta lensa kedua beresolusi 16 Megapiksel yang boleh digunakan untuk fungsi 2x zum optikal. Kamera belakangnya juga disediakan dengan aperture f/1.8, teknologi penstabilan OIS, dan juga dua jenis fokus iaitu PDAF serta Laser.

Translucent Blue

Penggambaran swafoto pada model terbaru ini juga diperhebatkan dengan dua kamera beresolusi 8 Megapiksel yang mampu menghasilkan mod potret dengan efek bokeh yang lebih baik. Spesifikasi lain yang disokong oleh HTC U12+ termasuklah pemproses Qualcomm Snapdragon 845, Android 8.0 Oreo (bakal sokong kemas kini Android P), RAM berkapasiti 6GB, pilihan ruang storan 64GB atau 128GB, dan juga sistem Edge Sense 2 untuk akses pantas aplikasi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend