HTC U Ultra Mula Menerima Kemas Kini Android Oreo Comments Off on HTC U Ultra Mula Menerima Kemas Kini Android Oreo

Kami kira-kira sebenarnya dah lapan bulan berlalu  semenjak HTC menjanjikan U Ultra akan dikemas kini kepada Android 8.0 Oreo, boleh tahan berpeluh jugak la tunggu.

Kini akhirnya kemas kini yang dijanjikan sudah sedia untuk dimuat turun pemilik HTC U Ultra, namun buat masa sekarang hanya tiga negara mendapat kemas kini tersebut pada fasa pertama, iaitu Taiwan, India, dan Itali. Dijangkakan tidak lama lagi kemas kini tersebut akan mula dibuka kepada pengguna di negara lain. Jadi rajin-rajinlah menjenguk ke bahagian kemas kini di phone korang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend