HTC Mencatatkan Pendapatan Bulanan Paling Teruk Untuk Tempoh 15 Tahun Ini Comments Off on HTC Mencatatkan Pendapatan Bulanan Paling Teruk Untuk Tempoh 15 Tahun Ini

HTC bukanlah satu jenama yang asing di kalangan peminat telefon pintar Android kerana model keluarannya dari siri HTC One dan HTC Desire sememangnya menjadi pilihan pengguna. Tetapi disebabkan oleh persaingan yang dilihat semakin sengit, terutamanya daripada pengeluar di China telah menyebabkan HTC dilihat semakin tenggelam.

HTC One (M7) sebelum ini mendapat sambutan yang sangat positif di kalangan pengguna.

Disebabkan oleh itu saban tahun HTC telah mencatatkan margin keuntungan yang semakin kecil. Agak bernasib baik, pada awal tahun 2018 yang lalu Google dilihat telah melabur sebanyak USD1.1 bilion ke dalam HTC untuk merekrut jurutera dan juga untuk mengakses paten syarikat dari Taiwan itu.

HTC U12+ dilihat masih tidak mampu meraih populariti sebagaimana siri HTC One sebelum ini.

Sungguhpun begitu, ia dilihat tidak begitu membantu apabila pendapatan HTC untuk bulan Julai 2018 iaitu sebanyak USD45.7 juta, memperlihatkan penurunan pendapatan sebanyak 77% jika dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun lepas. Manakala setakat tahun 2018 ini, HTC mencatatkan pendapatan hanya USD555 juta, iaitu penurunan sebanyak 54% berbanding tahun 2017.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend