HP Umum Diskaun Untuk Kesemua Produknya Di Shopee Sempena Kempen ‘HP Brand Day’ – 15 Hingga 19 Oktober Comments Off on HP Umum Diskaun Untuk Kesemua Produknya Di Shopee Sempena Kempen ‘HP Brand Day’ – 15 Hingga 19 Oktober

Bersempena dengan kempen ‘HP Brand Day’ yang akan berlangsung selama lima hari iaitu bermula daripada 15 hingga 19 Oktober ini, HP telah mengumumkan diskaun hebat untuk kesemua produk keluarannya di platform e-dagang Shopee.

Sepanjang tempoh tersebut, pengguna boleh mendapatkan komputer riba HP pada harga serendah hanya RM1,019 sahaja. Bagi menawarkan nilai belian yang lebih baik, pengguna juga boleh menggunakan kod baucar HP50OFF untuk menikmati potongan harga sebanyak RM50 untuk memiliki komputer riba jenama HP.

Kesemua produk keluaran HP akan menerima potongan harga menarik menjelang 15 hingga 19 Oktober nanti.

HP juga turut menganjurkan permainan ‘Follow to Unlock’ bagi menawarkan peluang kepada pengguna untuk membeli pelbagai produk menarik daripada HP dengan harga hanya RM1. Pengguna boleh menyertai permainan ini dengan mengikuti (follow) HP Official Store di Shopee, dan notifikasi tawaran RM1 ini akan diberitahu sebaik sahaja peringkat baharu dibuka.

Tidak cukup dengan itu, pengguna yang berbelanja minimum sebanyak RM100 sepanjang kempen berlangsung akan turut berpeluang terpilih sebagai salah seorang daripada 20 pemenang bertuah untuk memenangi hadiah bernilai RM7,000. Anda boleh mengunjungi https://shopee.com.my/m/hpdeals untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend