HP OMEN Ranger Kembali Dengan Pameran Produk Baharu Dan Pelbagai Aktiviti Di Sekitar Lembah Klang Comments Off on HP OMEN Ranger Kembali Dengan Pameran Produk Baharu Dan Pelbagai Aktiviti Di Sekitar Lembah Klang

HP Inc. Malaysia kini telah kembali membawakan HP OMEN Ranger untuk peminat gaming di sekitar Lembah Klang yang akan mempamerkan pelbagai produk terkini keluarannya, termasuklah komputer riba HP OMEN, komputer riba gaming Pavilion, dan juga aksesori kepada orang awam.

Bermula 21 Disember 2019 hingga 16 Januari 2020 nanti, HP OMEN Ranger akan berhenti di beberapa lokasi berbeza sepanjang tempoh festival tersebut berlangsung. Pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat melihat dan mencuba sendiri pelbagai produk terbaharu daripada HP, tetapi mereka juga boleh bertemu dengan nama-nama popular daripada permainan seperti CS:GO, DOTA 2 dan PUBG.

Lokasi persinggahan HP OMEN Ranger:

  • 21 Disember (Sabtu)Plaza Lowyat (2pm hingga 10pm)
  • 22 Disember (Ahad)Plaza Lowyat (2pm hingga 10pm)
  • 25 Disember (Cuti Krismas)Sunway Velocity (2pm hingga 10pm)
  • 31 Disember (Sambutan Tahun Baru)Sunway Pyramid (6pm hingga 1.30am)
  • Lebih banyak lokasi akan diumumkan dalam masa terdekat melalui Facebook HP Malaysia.

Menariknya pengunjung yang hadir ke lokasi HP OMEN Ranger di lokasi yang dinyatakan di atas juga turut berpeluang menyertai pertandingan #PlaytoProgress CS:GO Tournament’. Lima pemain dengan skor tertinggi dalam pertandingan itu akan dijemput untuk bertanding dalam pertarungan sempena parti sambutan tahun baru HP dan akan turut membawa pulang HP Pavilion Gaming Unit.

Baca juga:

HP Spectre x360 Dengan Bezel Nipis Dan Intel Core Generasi Ke-10 Dijual Pada Harga Bermula RM5,499

HP Tangani Isu Katrij Cetak Tiruan Di Asia Tenggara Menerusi Program Membasmi Peniruan Dan Penipuan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend