HP Malaysia Menampilkan Kelainan Dengan HP Spectre Folio Berkemasan Kulit Dan Pencetak Pintar HP Tango X Untuk Pasaran Tempatan Comments Off on HP Malaysia Menampilkan Kelainan Dengan HP Spectre Folio Berkemasan Kulit Dan Pencetak Pintar HP Tango X Untuk Pasaran Tempatan 242

HP Malaysia baru-baru ini telah mengadakan majlis pelancaran rasmi yang menjanjikan suatu kelainan kepada pengguna tempatan, apabila mengumumkan ketibaan pelbagai produk terbaharunya di negara ini. Dengan memfokuskan kepada rekaan unik dan juga fungsi praktikal, kehadiran HP Spectre Folio dan HP Tango X menjanjikan pengalaman baharu kepada pengguna.

HP Spectre Folio

Menampilkan rekaan sebuah pc boleh ubah (convertibel pc), kerangka HP Spectre Folio yang diperbuat daripada logam krom yang tahan lasak ini telah menerima kemasan kulit tulen yang menjanjikan gaya yang lebih premium dan mewah. Sentuhan kerja tangan yang teliti daripada pakar seni, jelas memperlihatkan kulit dengan jahitan tangan yang sangat teliti.

Gaya mewah pada HP Spectre Folio ini kelihatan lebih menyerlah kerana sokongan engsel fleksibel dengan permukaan kerangka luarnya yang dibaluti oleh kulit tulen berwarna coklat ini membolehkannya digunakan dalam pelbagai gaya berbeza. Apa yang pasti, HP Spectre Folio ini merupakan pc boleh ubah berkemasan kulit yang pertama di dunia buat masa ini.

HP Spectre Folio yang tersedia dalam warna Cognac Brown ini akan dijual secara eksklusif di Harvey Norman di seluruh negara bermula hari ini, pada harga bermula daripada RM7,999.

Spesifikasi HP Spectre Folio:

  • Windows 10 Home
  • Intel Core i7-8500Y / Core i5-8200Y
  • Intel UHD Graphics 615
  • 13.3 inci 4K / FHD IPS micro-edge WLED (Corning Gorilla Glass 4, 72% color gamut, 400nits)
  • sehingga 2TB PCIe NVMe M.2 SSD
  • sehingga 16GB LPDDR3 1866MHz SDRAM
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2 Combo, Intel XMM 7560 LTE-Advanced Pro (optional)
  • 2x Thunderbolt 3, 1x USB Type-C 3.1, 1x audio jack combo
  • 54.28Wh Lithium Polymer 6-cell
  • HP Tilt Pen (Active Stylus)
  • 4x Bang & Olufsen speakers
  • 320.1 x 234.5 x 15.4mm / 1.47kg

HP Tango X

HP Tango X merupakan sebuah pencetak kediaman pintar yang pertama diperkenalkan dengan sokongan ciri-ciri pengaktifan suara yang mampu menjimatkan masa. Melalui sambungan WiFi daripada telefon pintar atau tablet anda, pencetak pintar ini mampu mencetak dua kali ganda lebih banyak helaian menggunakan katrij dakwat HP high-yield.

Tetapan pencetak ini juga boleh dibuat dengan lebih mudah melalui aplikasi HP Smart pada telefon pintar anda. HP Tango X turut tersedia dengan kemasan fabrik di luar kerangkanya yang membolehkannya disimpan atau dibawa dengan lebih mudah dan bergaya. Ketersediaan HP Tango X ini dijangka sekitar hujung tahun 2019 ini dan akan dijual pada harga bermula daripada RM799.

Spesifikasi HP Tango X:

  • Edge Light Display: 15 RGB LED + 2 Amber LED
  • Kelajuan pemproses: 360MHz
  • Memori: 256MB DDR3
  • Sokongan sambungan: WiFi 802.11n, Bluetooth LE
  • Sokongan saiz kertas: A4, B5, A6, DL Envelope (76.2 x 127mm hingga 215.9 x 355.6mm)
  • Aplikasi: HP Smart
  • Teknologi: HP Thermal Ink
  • Fungsi: Pencetak, Salinan atau Imbasan (scan) menggunakan aplikasi HP Smart
  • Kelajuan cetakan: (Hitam) sehingga 20 ppm / (Warna) sehingga 11 ppm
  • Resolusi cetakan dicadangkan: (Hitam) sehingga 1200 x 1200 piksel / (Warna) sehingga 4800 x 1200 piksel
  • Kitaran tugasan cetakan A4 bulanan: sehingga 500 helaian
  • Cadangan kitaran tugasan cetakan bulanan: 100 hingga 300 helaian
  • 389 x 246 x 91mm / 3.4kg

Di dalam majlis pelancaran itu juga, HP Malaysia turut mengumumkan penawaran produk terbaharu keluarannya yang lain untuk pasaran tempatan seperti berikut:

  • HP Envy 13 – kini dijual pada harga bermula RM4,099
  • HP Envy x360 – kini dijual pada harga bermula RM3,649
  • HP OMEN 15 – akan dijual bermula Julai 2019 pada harga bermula RM6,399
  • HP Pavilion Gaming – kini dijual pada harga bermula RM2,979
  • HP Pavilion x360 – kini dijual pada harga bermula RM2,499
  • HP OfficeJet Pro 8020 – kini dijual pada harga bermula RM623
  • HP OfficeJet Pro 9010 – kini dijual pada harga bermula RM832
  • HP OfficeJet Pro 9020 – kini dijual pada harga bermula RM1,250
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend