Hotel Pintar Di China Membolehkan Pemilik Akaun WeChat Membuat Tempahan Bilik Atau Memesan Makanan Comments Off on Hotel Pintar Di China Membolehkan Pemilik Akaun WeChat Membuat Tempahan Bilik Atau Memesan Makanan

Aplikasi permesejan sosial WeChat di China sememangnya boleh dianggap sebagai satu aplikasi yang mencetuskan fenomena baharu dalam kehidupan harian pengguna di sana. Ini kerana ia bukan sekadar aplikasi untuk bersembang semata-mata, sebaliknya ia boleh digunakan untuk lebih banyak perkara.

Baru-baru WeChat telah menjalinkan kerjasama dengan InterContinental untuk membuka hotel pintar yang pertama seumpamanya di China. Kini pemilik akaun WeChat di negara itu sudah boleh membuat tempahan bilik, bahkan mereka juga berupaya mendaftar masuk ke bilik yang ditempah terus melalui aplikasi itu. Malah lebih banyak perkhidmatan melalui aplikasi itu turut ditawrakan termasuklah pesanan makanan.

Idea ini sebenarnya telahpun dibincangkan sejak tahun 2014 yang lalu, dan lebih banyak hotel pintar seperti ini akan dibuka di China pada masa akan datang. Ini berikutan Tencent juga baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Shangri-La.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend