Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd Menjadi Pengedar Tunggal Untuk Jenama A&S, Geneva Dan Ultimate Ears Comments Off on Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd Menjadi Pengedar Tunggal Untuk Jenama A&S, Geneva Dan Ultimate Ears

Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd merupakan pengedar tunggal untuk untuk pelbagai produk audio rumah, multimedia dan speaker untuk jenama terkenal seperti AKG, JBL dan Harman Kardon, hari ini telah mengumumkan akan turut menjadi pengedar tunggal untuk tiga lagi jenama iaitu A&S, Geneva dan Ultimate Ears untuk pasaran tempatan.

Sebagai satu jenama yang memiliki reputasi untuk peralatan rumah, pengguna di Malaysia boleh memiliki pelbagai produk keluaran A&S termasuklah bar bunyi dengan saluran 2.1, bar bunyi sinematik dengan sokongan Dolby Atmos, speaker, bar studio, dan juga TV LED. Selain itu jenama A&S ini juga turut menawarkan penghawa dingin dan akan memperkenalkan peralatan elektrik untuk melengkapi keperluan di rumah dengan kehadiran peti sejuk dan mesin basuh pada masa akan datang.

Pelanggan yang berminat untuk membeli pelbagai peralatan elektrik yang ditawarkan oleh A&S, boleh membelinya di laman rasmi www.aandss.com dan semua kedai yang menjual peralatan elektrik di seluruh negara. Selain itu, pengguna juga memilik pelbagai peralatan elektrik dari A&S secara eksklusif melalui tawaran eksklusif dari Lazada pada 25 hingga 27 April 2018 ini.

 

Selain jenama A&S, Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd juga turut menjadi pengedar tunggal untuk jenama Geneva yang merupakan syarikat hi-fi pertama memperkenalkan cara bagaimana untuk mendengar muzik digital lebih sedekad yang lalu. Geneva yang menggabungkan teknologi inovatif dengan reka bentuk minimalis ini telah menerima kejuruteraan dan kepakaran audio dari Switzerland. Kini pengguna di Malaysia mampu memiliki Geneva Touring atau Acustica yang tampil dengan rekaan retro yang sangat memukau dengan audio berkualiti tinggi.

Manakala jenama Ultimate Ears (UE) yang terkenal dengan penawaran speaker mudah alih yang lasak kini telah hadir dengan koleksi terbarunya untuk pasaran tempatan melalui kehadiran Ultimate Ears WONDERBOOM dan Ultimate Ears WONDERBOOM Freestyle Collection. Walaupun tampil dalam saiz yang kompak, speaker mudah alih dengan sambungan Bluetooth ini berupaya menjanjikan bunyi yang kuat dan dalam masa yang sama kalis air. Dilengkapi dengan sokongan ciri IPX7, speaker kompak tahan lasak ini boleh digunakan di dalam air pada kedalaman 1 meter selama 30 minit. Ultimate Ears WONDERBOOM dan Ultimate Ears WONDERBOOM Freestyle Collection akan dijual pada harga RM399 seunit.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd, anda boleh melayari www.facebook.com/HotGadgetsD/ atau hubungi di talian 03-5162 7318.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend