Honor View20 Sudah Boleh Dimiliki Bermula 26 Januari Di 16 Kedai Honor Terpilih, Harga Bermula RM1999 Comments Off on Honor View20 Sudah Boleh Dimiliki Bermula 26 Januari Di 16 Kedai Honor Terpilih, Harga Bermula RM1999

Honor View20 dengan rekaan lubang kamera pada skrin telah dilancarkan secara rasmi pada 24 Januari yang lepas di Paris, dan peminat jenama ini sudah boleh memilikinya bermula hari ini (26 Januari 2019) di 16 kedai Honor terpilih di seluruh negara.

Model yang sangat dinanti-nantikan ini akan ditawarkan dalam dua varian iaitu 6GB + 128GB (RM1,999) dengan warna Sapphire Blue dan Midnight Black, manakala varian tertinggi 8GB + 256GB (RM2,499) pula tersedia dalam warna Phantom Blue yang direka bersama dengan jenama mewah Moschino.

Honor View20 sudahpun boleh dibeli melalui 16 kedai Honor terpilih di seluruh negara termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan juga Sarawak. Ia juga boleh dimiliki di Maxis, Senheng, DirectD, dan juga secara dalam talian di hihonor.com.my.

Lebih istimewanya, anda juga boleh memilikinya melalui jerayawara (roadshow) Honor terbesar di Malaysia bermula hari ini (26 Januari) dan 27 Januari (Ahad) di Ground Floor, Highstreet @ One Utama Shopping Centre, bermula 9.30 pagi. 200 pembeli terawal akan menerima Honor Watch Magic dan Honor Backpack secara percuma, manakala 800 pembeli berikutnya akan menerima Honor Band 4 dan Honor Backpack secara percuma.

Selain itu, pengguna juga sudah boleh memiliki Honor 10 Lite berharga RM799 dalam warna baharu Shiny Red dan Sapphire Blue dengan versi peningkatan 3GB + 64GB di jerayawara tersebut. Setiap pembelian Honor 10 Lite akan menerima hadiah percuma bernilai RM188.

Baca juga:

Honor View20 Dengan Kirin 980 Dan Kamera 48MP Dijual Pada Harga RM1999 Dan RM2499, Bermula 26 Januari

Honor 10 Lite Kini Rasmi – Peranti Swafoto 24MP Berharga Di Bawah RM800

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend