Honor View20 Merupakan Telefon Pintar Mercu Paling Laris Di Senheng Dan Access Member Comments Off on Honor View20 Merupakan Telefon Pintar Mercu Paling Laris Di Senheng Dan Access Member 393

Apabila diperkenalkan kepada umum, Honor View20 telah berjaya menarik perhatian banyak pihak kerana ia telah menggabungkan antara sokongan spesifikasi yang tinggi dan juga harga jualan yang kompetitif. Jadi tidak hairanlah model ini telah berjaya terjual lebih 1,000 unit untuk pasaran tempatan dalam tempoh dua hari jualannya pada 26 Januari yang lepas.

Menariknya Honor View20 juga kini telah dinobatkan sebagai telefon pintar mercu paling laris jualannya di Senheng dan juga Access Member. Honor View20 yang dijana dengan cipset Kirin 980 telah dijual pada harga RM1,999 (6GB + 128GB) dalam warna Sapphire Blue dan Midnight Black. Manakala varian 8GB + 256GB dalam warna Phantom Blue yang direka bersama dengan Moschino pula berharga RM2,499.

Bagi yang berminat untuk memiliki Honor View20 ini, anda sudah boleh mengunjungi cawangan Senheng, senQ Digital Stations ataupun Access Store hari ini.

Baca juga:

Honor View20 Dengan Kirin 980 Mampu Menyokong Permainan Fortnite Versi 60Hz

Honor Berjaya Jual Lebih 1000 Unit View 20 Sepanjang 2 Hari Jerayawara

Honor View20 Dengan Kirin 980 Dan Kamera 48MP Dijual Pada Harga RM1999 Dan RM2499, Bermula 26 Januari

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend