Honor View20 Dengan Kirin 980 Mampu Menyokong Permainan Fortnite Versi 60Hz Comments Off on Honor View20 Dengan Kirin 980 Mampu Menyokong Permainan Fortnite Versi 60Hz 269

Dikuasakan dengan pemproses Kirin 980, Honor View20 kini telah tersenarai sebagai salah satu daripada tiga telefon pintar Android yang berupaya menyokong permainan Fortnite versi 60Hz. Walaupun telah diumumkan untuk menyokong kelancaran grafik 60Hz, penawaran kemas kini perisian untuk fungsi itu akan hanya diberikan tidak lama lagi.

Dalam usaha tersebut, Honor telah bekerjasama dengan Epic Games untuk mengoptimumkan Unreal 4 Engine pada perisian Honor View20. Ini membolehkan pemilik peranti mengaktifkan mod 60Hz di dalam tetapan permainan bagi menikmati kelancaran permainan. Ini ditambah pula dengan sokongan teknologi GPU Turbo 2.0 yang memastikan pengalaman permainan.

Selain Honor View20, dua lagi model Android yang menyokong Fortnite versi 60Hz ini termasuklah Huawei Mate 20 X dan juga Samsung Galaxy Note 9 (versi Qualcomm Snapdragon 845).

Honor View20 menampilkan paparan skrin berukuran 6.4 inci FHD+ dengan rekaan lubang kamera pada skrin, memori 6G + 128GB atau 8GB + 256GB, bateri berkapasiti 4000 mAh, dan juga dioperasikan oleh antaramuka Magic UI 2.0.1 (Android 9.0 Pie).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend