Honor View20 Dengan Kirin 980 Dan Kamera 48MP Dijual Pada Harga RM1999 Dan RM2499, Bermula 26 Januari Comments Off on Honor View20 Dengan Kirin 980 Dan Kamera 48MP Dijual Pada Harga RM1999 Dan RM2499, Bermula 26 Januari

Serentak dengan majlis pelancaran global Honor View20 yang berlangsung di Paris, Honor Malaysia telah mengumumkan penawaran peranti pertamanya yang hadir dengan sokongan kamera depan di dalam skrin untuk pasaran tempatan.

Honor View 20 varian 6GB +128GB boleh dimiliki pada harga RM1,999 dan ia akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Sapphire Blue dan juga Midnight Black. Manakala untuk edisi istimewa Moschino pula akan dijual pada harga RM2,499 dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Phantom Blue.

Honor View20 merupakan peranti terbaik yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia nanti kerana ia hadir dengan sokongan cipset AI Kirin 980, dioperasikan oleh Magic UI 2.0.1 (Android 9.0 Pie), dijana dengan bateri berkapasiti 4000 mAh, dan juga sokongan pengecasan pantas Honor SuperCharge 4.5V5A (22.5W). Bahkan ia juga turut menyokong teknologi sistem penyejukan cecair untuk memastikan pembebasan haba yang lebih baik.

Paparan skrin penuh dengan nisbah skrin-ke-kerangka 91.8% berukuran 6.4 inci FHD+ (2310 x 1080 piksel) ini turut tersedia dengan kamera depan di dalam skrin beresolusi 25MP (f/2.0). Manakala untuk penggambaran utamanya pula, Honor View20 memiliki lensa Sony IMX586 48MP dengan mod AI Ultra Clarity.

Tidak cukup dengan itu, ia turut hadir dengan kamera 3D yang mampu mendapatkan bacaan bentuk objek menggunakan keupayaan isyarat Time-of-Flight (ToF). Ini bermakna anda boleh menggunakan Honor View 20 ini sebagai konsol permainan berasaskan kawalan gerakan. Buat masa ini ia hadir dengan sokongan dua permainan 3D iaitu Fancy Skiing dan Fancy Darts.

Melalui kolaborasi dengan jenama fesyen mewah dari Itali iaitu Moschino, edisi istimewa Honor View20 dengan sokongan 8GB + 256GB akan turut menerima sarung pelindung dengan cetakan logo ikonik Moschino Teddy Bear dan juga aksesori tambahan lain eksklusif daripada Moschino.

Jualan pertama Honor View20 di Malaysia akan berlangsung dalam jerayawara (roadshow) terbesar pernah diadakan oleh Honor Malaysia iaitu bertempat di Ground Floor of Hightstreet @ One Utama Shopping Centre pada 26 Januari 2019. 200 pembeli terawal Honor View20 akan turut menerima hadiah percuma bernilai lebih RM700, termasuklah Honor Watch Magic.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend