Honor View 20 Terima Sijil 3C Dan Mungkin Diperkenalkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Honor View 20 Terima Sijil 3C Dan Mungkin Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Siri View daripada Honor telah mula diperkenalkan di Malaysia pada Januari tahun ini. Honor View 10 ialah sebuah peranti yang menawarkan skrin bernisbah 18:9 FullView Display dengan bezel nipis. Terbaru, dilaporkan syarikat China tersebut telah menerima sijil 3C (China Compulsory Certificate) untuk peranti generasi terbaharu.

Tidak menggunakan nama rasmi, dua peranti itu disyaki View 20 oleh kerana kitaran masa setahun telah hampir tiba daripada generasi sebelumnya. Hadir dengan kod nama VCE-AL00 dan VCE-TL00, ia mungkin mewakili dua varian yang kebiasaannya daripada segi memori.

Masih terlalu awal untuk mengulas lebih lanjut, tetapi mengikut trend yang dilakukan Honor peranti ini mungkin hadir dengan cipset Kirin 980 dan EMUI 9.0 berasaskan Android Pie. Memandangkan Honor Magic 2 telah rasmi dengan sistem tri-kamera utama, kita juga boleh menjangka Honor View 20 akan tampil dengan tiga lensa sebaris.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend