Honor View 20 Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia Akan Dilancarkan Pada 22 Januari Comments Off on Honor View 20 Dengan Kamera 48MP Pertama Di Dunia Akan Dilancarkan Pada 22 Januari

Honor Malaysia hari ini mengesahkan Honor View 20 bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 22 Januari depan di Paris. Melalui beberapa gambar poster yang dikongsikan, peranti ini akan dilengkapi kamera utama 48MP pertama di dunia.

Honor View 20 akan hadir dengan paparan penuh serta kamera depan di dalam skrin. Kamera belakang pula akan menggunakan sensor daripada Sony IMX586 beresolusi 48MP dengan sensor sebesar 1/2.0-inci CMOS serta 4-kali sensor HDR. Selain daripada itu, peranti ini menawarkan sambungan awan yang dipanggil Link Turbo menerusi rangkaian selular dan WiFi.

Pihak Honor tidak memaklumkan lanjut mengenai peranti oleh itu sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Honor View 20 di Paris kelak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend