HONOR V30 Pro Dengan Tiga Kamera Berada Di Tempat Kedua Dalam Senarai DxOMark Comments Off on HONOR V30 Pro Dengan Tiga Kamera Berada Di Tempat Kedua Dalam Senarai DxOMark

Baru sebentar tadi DxOMark mendedahkan skor prestasi kamera yang berjaya diperolehi oleh telefon pintar gaming – ROG Phone II, kini skor untuk telefon pintar keluaran HONOR pula telah didedahkan di dalam senarai ‘DxOMark Camera’.

HONOR V30 Pro telah memperolehi skor kedua tertinggi dalam senarai telefon pintar berkamera terbaik di DxOMark, dengan mencatatkan sebanyak 122 mata. Hanya berbeza satu mata dengan model HUAWEI Mate 30 Pro 5G dan juga HUAWEI Mate 30 Pro.

Berdasarkan rumusan ujian kamera yang dijalankan, DxOMark telah memberikan skor sebanyak 133 mata untuk prestasi kamera, dan 100 mata untuk keupayaan rakaman video untuk HONOR V30 Pro.

HONOR V30 Pro yang dilancarkan pada November 2019 yang lepas telah hadir dengan sokongan tiga kamera beresolusi 40MP (f/1.6) + 8MP (Telephoto, f/2.4) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2).

Spesifikasi HONOR V30 Pro:

  • Magic UI 3.0 (Android 10)
  • Kirin 990 5G
  • 8GB RAM + 128/256GB ROM
  • 6.57 inci IPS LCD FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • Kamera depan: 32MP (f/2.0) + 8MP (f/2.2)
  • Kamera utama: 40MP (f/1.6) + 8MP (Telephoto, f/2.4) + 12MP (Ultra Wide, f/2.2)
  • 4100mAh
  • 40W HONOR SuperCharge
  • 27W Super Wireless Charge

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend