HONOR V30 Dipercayai Hadir Dalam Dua Varian Dengan Sokongan Kirin 990 Dan Kamera 60MP Comments Off on HONOR V30 Dipercayai Hadir Dalam Dua Varian Dengan Sokongan Kirin 990 Dan Kamera 60MP 330

HONOR View20 atau turut dikenali sebagai HONOR V20 merupakan model yang pernah berjaya menarik perhatian pengguna kerana sokongan spesifikasi dengan harga yang berbaloi. Memandangkan model ini sudah hampir setahun diperkenalkan, kini sudah ada khabar angin yang mendedahkan rekaan dan juga spesifikasi HONOR V30.

Berbeza dengan HONOR V20, generasi baharu ini dipercayai akan diperkenalkan dalam dua varian berbeza iaitu HONOR V30 dan juga HONOR V30 Pro. Untuk varian asas iaitu HONOR V30, ia dikatakan akan hadir dengan rekaan lubang kamera dalam skrin IPS LCD sama seperti sebelum ini. Malah ia dikatakan akan turut mengekalkan kapasiti bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

 

Manakala HONOR V30 Pro pula akan menyokong paparan skrin OLED dengan lubang dwi kamera dalam skrin. Tidak cukup dengan itu, ia turut menawarkan kapasiti bateri lebih besar iaitu 4200mAh dengan pengecasan pantas 40W. HONOR V30 Pro ini juga didakwa akan turut menyokong pengecasan tanpa wayar 15W.

Dari segi keupayaan penggambaran, kedua-dua varian ini tersedia dengan kamera utama beresolusi 60MP. Sungguhpun begitu HONOR V30 akan menyokong tiga kamera dan HONOR V30 Pro pula memiliki empat kamera. Selain itu HONOR V30 akan dikuasakan dengan Kirin 990, manakala HONOR V30 Pro pula menyokong cipset Kirin 990 5G.

melalui, sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend