HONOR Umum Tawaran 10.10 Secara Eksklusif Di Lazada Dan hihonor Untuk HONOR Band 5 Dan Banyak Lagi Comments Off on HONOR Umum Tawaran 10.10 Secara Eksklusif Di Lazada Dan hihonor Untuk HONOR Band 5 Dan Banyak Lagi 170

HONOR Malaysia selaku jenama telefon pintar global hari ini telah mengumumkan untuk mengadakan tawaran hebat hanya untuk tempoh satu hari dengan menawarkan HONOR Band 5 pada harga istimewa di Lazada, bersempena tawaran HONOR 10.10. Bermula jam 12 tengah malam pada 10 Oktober 2019, anda boleh memiliki band kecergasan ini pada harga hanya RM119 berbanding harga asal RM149.

Selain daripada itu, HONOR Malaysia turut mengumumkan pelbagai tawaran menarik untuk produk terpilih keluarannya di platform edagang hihonor.com/my pada 10 Oktober 2019. Untuk tempoh satu hari, anda boleh memiliki HONOR FlyPods Lite pada harga RM299 (RM349), HONOR Watch Magic berharga RM499 (RM599), dan juga HONOR Band 5 pada harga RM119 (RM149).

HONOR Band 5 yang baru dilancarkan di Malaysia pada bulan lepas telah menampilkan sokongan skrin AMOLED berukuran 0.95 inci, pemantauan kesihatan berterusan, keupayaan untuk mengawal muzik pada telefon pintar, dan juga pemantauan Pulse Oxygen Saturation (SpO2).

Miliki HONOR Band 5 dan pelbagai produk terpilih dengan diskaun pada 10 Oktober 2019, eksklusif di:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend